Follow Instructions above for the Witch Couture free halloween shabby pretty damask blog button copy-1.png

Wednesday 28 September 2011

FANTACY CHINTA..

 
   Angin bayu memecah kepanasan badan Wardah  dek demam yang dah dua minggu tak kebah-kebah.. Sudah kering air liur Datin Fairuz membari nasihat kepada anak tirinya.Dr Halim pula asyik sebok dengan kerjayanya tanpa menghiraukan kesihatan anaknya.Wardah pun satu hal tak pernah lansung nak dengar nasihat orang sekelilingnya.Mungkin ia teringat akan arwah ibunya, Puan Balqis yang baru 2 minggu meninggal dunia kerana demam panas.

  "Wardah..bagun nak dah tengah hari ni..mama dah sediakan bubur ayam untuk kamu"Teriak Datin Fairuz diluar pintu bilik Wardah

  Aku dengar teriakan mama tiriku itu tapi malas la nak bagun.Asyik memeka je,papa tak kisah pon dengan keadaan aku ni mama tiriku pulak sebuk je.Tak habis-habis nak sebuk tepi kain aku.Lantak akulah,biar aku mati lagi bagus dari hidup dalam vila yang akan menjadi neraka bagiku.

  "Ye auntie jap lagi saya turun la.Auntie pergi la makan dulu dengan yang lain."Jawabku endah tak endah je.Malas aku nak bertekak dengan mama tiri aku yang xsedar diri ini.

  Hidung terasa sedikit tegik dengan bau badan aku yang dari semalam tak mandi.Terus aku capai tuala meluru masuk ke dalam tandas.Sejuk pula air paip ni padahal dah tengah hari ini.Mungkin demam aku semakin teruk.

  Tiba-tiba aku teribau kenangan bersama arwah ibuku.Kebiasannya kalau aku demam ibu selalu siapkan air mandianku bercampur dengan daun bunga raya.Katanya nak kurangkan panas dalam badan.Air mata ku tiba-tiba mengalir deras seperti air shower  yang sedang membasahi tubuhku ini.

  Badan aku sudah mengeletar..huhu sejuk..terus aku keluar dari bilik mandi.Aku bersiap-siap mengemaskan diri ini untuk turun makan tengah hari.

  Baru aku teringat lagi sebulan peperiksaan SIJIL TINGGI MALAYSIA(SPM) akan aku duduki.Aku berazam aku mesti dapatkan keputusan yang cemerlang.Aku tak nak tinggal dengan papa aku lagi.Ibuku juga pernah berpesan "Wardah,kamu kena belajar pandai-pandai semoga orang hormat pada kamu dan tidak memandang kamu sebelah mata dan tidak memikir kamu ini meminjam dan menumpang kekayaan orang lain".Masih teriyang-iyang kata-kata ibuku itu.

   Perutku berkeroncak pula,aduh sakitnya.terpaksa aku buang egoku ini untuk turun ke bawah makan tengah hari bersama keluarga baruku.Kakak dan abangku semuanya sudah melanjutkan pelajaran di luar negara jadi aku di Malaysia saja keseorang tanpa teman.

BERSAMBUNG....















 

No comments:

Post a Comment